Artikel ni asalnya dari blog kumpulan saya, amik letak kat sini pulak, sekadar nak berkongsi ngan sahabat-sahabat
Nasyid? apa beza nasyid sekarang ngan lagu biasa….sesetengah orang menganggap dua-dua sama….sebab apa…sebab muzik dia dah macam lagu biasa.Biasa lah, masing-masing punya pendapat.
Masa tu saya hanya layan nasyid sekadar suka-suka sahaja. Selepas itu, setelah saya memasuki sekolah menengah, semasa ditingkatan 2, saya mula meminati nasyid secara serius. Album yang menarik minat saya untuk terus cenderung dalam nasyid ialah album dari kumpulan in-team yang pada masa itu merupakan antara pelopor nasyid moden terawal di
Sejak dari tingkatan satu lagi, apabila kumpulan nasyid sekolah menawarkan saya untuk sertai kumpulan nasyid sekolah pada masa itu, saya menolak pada peringkat awalnya. Namun setelah masuk ke tingkatan 4, saya dapati saya masih belum mempunyai apa-apa sijil aktiviti ko-kurikulum disekolah. Jadi saya ambil keputusan untuk sertai kumpulan nasyid sekolah saya…(sebab ko-kurikulum pada mulanya) lepas tu, memang sebab minat. Hasil dari dorongan rakan sekolah, saya ditawarkan oleh ustazah saya, yang pada ketika itu merupakan guru penasihat kumpulan nasyid sekolah saya, untuk menyertai pasukan nasyid sekolah. Bermula dari situlah tertubuhnya Kumpulan yang dinamakan “Soutul Imtiyaz”. Jika sebelum ini nama kumpulan nasyid ni “Nida’ul Imtiyaz”, adik saya (sama sekolah) juga terlibat dalam kumpulan ini sebelum saya menyertai pada tahun 2003. Setelah “rebranding” atau penjenamaan semula pada tahun 2003, namanya pun bertukar kepada seperti yang ada sekarang (sehingga kini nama kumpulan ini masih digunakan). Saya bersama adik saya terlibat dalam kumpulan tersebut pada masa itu.
Alhamdulillah, dari pertandingan ke pertandingan, dari persembahan dan sebagainya, kumpulan ini berjaya menempatkan namanya disekitar negeri Perak. Lama kelamaan saya merasakan inilah irama hiburan yang saya cari-cari selama ini. Nasyid, pada pendapat saya merupakan suatu irama yang berbeza dari irama yang lain (walaupun sekarang kebanyakan iramanya mirip kepada lagu biasa). Ini kerana mesej yang disampaikan memberi impak positif dalam diri saya (Alhamdulillah). Boleh saya katakan sebagai hiburan yang mendidik jiwa. Saya tidak kisah sekiranya saya dikatakan tidak “open” atau terbuka jika tidak mendengar lagu selain dari lagu nasyid…ini adalah cara saya berhibur…
Komen saya terhadap lagu nasyid moden pada masakini ialah muzik yang dimainkan secara moden adalah dengan tujuan untuk menarik minat remaja, contoh yang saya boleh ambil ialah lagu ‘Aku Tanpa Cintamu” dendangan kumpulan mirwana…meskipun ia berentak pop, namun pengaruh lagu tersebut pada saya sampai kepada remaja-remaja dimalaysia khususnya bagi mereka yang ingin mencari alternatif selain dari mendengar ceramah…Cuma apa yang penting ialah kita sebagai Muslim mesti berpegang pada prinsip bersederhana dalam apa jua perkara…paham-paham sendiri lah yer…seperti dalam salah satu lirik lagu Raihan “ berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah”.
Selepas habis sekolah, dalam tahun 2006, saya berpakat dengan adik – beradik saya untuk menubuhkan kumpulan nasyid secara serius. Idea ini saya dapat setelah melihat kesemua adik lelaki saya turut meminati irama nasyid kerana setiap dari mereka menyertai kumpulan nasyid disekolah masing – masing. Saya pun tidak menyangka yang adik-adik saya turut mempunyai minat yang sama dengan saya (Alhamdulillah). Dari situ, tercetus idea untuk menubuhkan kumpulan nasyid adik - beradik yang diberi nama “paradise” yang bermaksud syurga. Sehingga kini, kumpulan paradise bergerak secara “underground”
Insyaallah, kalau ada kelapangan saya akan sambung artikel ni…..
0 comments:
Post a Comment