Sejak masuk sini, jarang saya menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Kalau ada pun, mesti diajak oleh kawan-kawan yang lain….itu pun kalau nak pergi, kalau tak, duduk diam kat bilik je la. Beberapa hari lepas, sahabat saya, Azhari, terlibat dalam aktiviti persatuan di kuliah saya untuk main bowling kat Ampang.
Saya tak join game ni sebab tak reti main, takut nanti bukan bola yang masuk, saya yang masuk…hehe. Pada mulanya saya pun nak ikut diorang pegi, mana la tau bleh la “snap” gambar skit2. Kawan saya pergi bersama kawan-kawan yang lain. Saya kata akan ikut kemudian jika ada kelapangan. Tetapi petang tu kebetulan hujan…dipendekkan cerita, saya tak boleh pergi, melepas….
Selepas itu, pada malamnya, sedang berehat dibilik, datang sahabat saya, Hazli yang kebetulan nak guna printer kat bilik saya. Saya pun kebetulan tengah tak tau nak buat apa waktu tu. Dia pun ajak saya pergi majlis penutup program zikrulmaut yang dah diadakan seminggu sebelum itu (tak tau pun sebenarnye program tu dah habis….teruk betul).
Program ni dianjurkan oleh pihak Mahallah Ali dan beberapa penganjur lain. Pada malam tu, kami dihidangkan dengan beberapa persembahan. Antaranya dari Kumpulan Hijjaz dan Fareast (lama tak gi tengok konsert nasyid). Yang lain-lain adalah persembahan sajak, sketsa. Ya, sketsa…antara persembahan yang menyentuh jiwa saya pada malam itu kerana dalam lakonan tersebut menceritakan tentang kematian…bagaimana azabnya bagi seseorang yang melanggar perintah Allah S.W.T. Gerun rasanya walaupun sekadar lakonan semata-mata, namun itulah realitinya apabila kita kembali menghadap Allah samada didalam keadaan yang baik atau sebaliknya (na’uzubillah). Salah satu babak dalam sketsa tersebut menunjukkan seorang remaja yang sedang ditimpa azab Allah (Hakikatnya tidak diketahui bagaimana keadaan yang sebenar nanti).
Persoalannya, mudahkah bagi diri kita untuk menjawab segala pertanyaan yang akan ditanya oleh Malaikat dialam barzakh nanti? Jika didunia, dalam peperiksaan, bagi seorang pelajar, kita boleh menghafal dan mengingati segala matapelajaran yang akan kita jawab didalam peperiksaan. Bagaimana pula untuk kita menjawab pertanyaan diakhirat kelak seperti “ MaRabbuka ” (siapa tuhan kamu) dan yang lain-lain…renung sejenak…
Saya menasihati diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang amat saya kasihi (jika saya ada melakukan kesalahan, tegurlah saya dengan cara berhemah) agar kita sentiasa beringat bahawa kehidupan didunia ini hanya permainan semata-mata. Ya, tidak dinafikan bahawa kadang kala kita lalai dan leka dari jalan yang sebenar. Tetapi yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun kepada setiap hambanya yang berdosa. Sementara kita masih ada kesempatan kehidupan didunia ini, berusahalah untuk kembali kepada jalan yang Allah berikan kepada kita, sentiasa meminta pengampunan dariNYA setiap hari walaupun kita sering melakukan dosa. Usah berputus asa dari jalan yang ia redhai. Semoga kita akan dimatikan Allah dalam keadaan Husnul Khatimah, AMIIIIIN….
Yang baik itu datang dari Allah,dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri…Sekadar peringatan buat umat Islam, berlapang dadalah untuk menerima dengan sebaiknya…INSAN BIASA…
"Setiap Yang bernyawa pasti akan merasai mati, kemudian hanyalah kepada kami kamu dikembalikan. "
Al-Ankabut:57
0 comments:
Post a Comment