Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lalu (26/09/2010), aku berkesempatan untuk sertai program anjuran KTI (Komuniti Teman inteam), Konvoi Raya KTI yang mana diadakan setiap tahun. Ini merupakan program pertama KTI yang aku turut serta. Bermula seawal pukul 8.00 pagi hingga 9.00 malam (Lebih kurang). Bermula di Putrajaya, Klang, Damansara Damai, Batu Caves, Gombak, dan akhirnya Wangsa Maju (Kalau tak silap).





Akhir sekali, terima kasih kepada pihak penganjur yang telah bersusah payah untuk menjayakan program nih. Alhamdulillah, banyak manfaat yang telah aku dapat sepanjang program nih. Bukan setakat berjalan raya jer, tambah kenalan, erat silaturrahim, prihatin dsb. Moga program ni bleh dibuat lagi untuk taun2 yang mendatang plak. Terima kasih gak untuk sahabatku, Husaini (jadi drebar untuk hari tu) "promote" untuk aku ikut program nih. Terima kasih pada tuan rumah yang sudi terima kedatangan pada hari tu (Makanan sume sedap2, Alhamdulillah). Akhir kata, Yang baik itu datang dari Allah, Yang buruk itu datang dari kelemahanku sendiri...Wallahu a'lam...
P/S: Penggunaan laras bahasa yang tidak betul. Jangan buat karangan seperti diatas kalau dalam peperiksaan
0 comments:
Post a Comment