Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Saturday, March 7, 2009

Pesanan Untuk Orang Cantik

1 comments

Pesanan Untuk Orang Cantik
www.iLuvislam.com
i_qbal

editor : kasihsayang


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!




Sumber: www.iluvislam.com


P/S: Bersyukur diatas segala nikmat yang telah Allah beri kepada kita.

Tuesday, January 20, 2009

5 enemies of Mukmin

0 comments
1. Nafs.
2. Syaitan.
3. Muslim who are doing ma'siat.
4. Kafir Harbi.
5. Munafiqun.

So,Think yourself....

"Sebaik-baik manusia ialah mereka yang boleh memberi manfaat kepada orang lain"

Friday, December 26, 2008

Doa senjata mereka yang beriman...

0 comments
Dalam menempuh ranjau dan onak kehidupan,hendaklah kita senantiasa berdoa dan memanjatkan kesyukuran diatas segala nikmat dan musibah yang diterima drpa allah s.w.t.Sesungguhnya setiap manusia itu akan tetap diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran drpd tuhan,namun hendaklah kita tabah dan redha diatas ketentuannya.Berkat doa yang ikhlas dari hati yang sentiasa merintih ampunan dari illahi akan mendapat rahmat serta keampunan dariNYA.......slalulah kita berdoa..... :)

Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan

0 comments


Alhamdulillah, Ramadhan yang ditunggu-tunggu akhirnya bakal membuka tirainya esok (insyaallah). Salam Ramadhan Al-Mubarak diucapkan kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Saya, Mohd Shafuan B Md Zawawi, memohon kemaafan diatas segala kesalahan atau kekurangan yang telah dilakukan sebelum ini. Moga Ramadhan pada tahun ini menjadi bulan penghapus dosa bagi kita semua.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!!!

Thursday, August 28, 2008

31 Ogos dan 1 Ramadhan

0 comments
31 Ogos, tarikh keramat bagi semua rakyat Malaysia kerana bebas dari cengkaman British. Namun hakikatnya pengertian kemerdekaan bagi umat Islam dinegara ini nampaknya belum dapat kita rasai kerana kemerdekaan hanyalah satu ungkapan yang seakan-akan tiada makna yang tersembunyi bagi kalangan kita.

Apa yang nak ditulis disini bukanlah berkenaan hari kemerdekaan tersebut.Umum mengetahui pada hari Ahad ini akan berlangsung sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-51. Tahniah untuk rakyat Malaysia. Namun kita terlupa akan keesokan harinya, 1 ramadhan, Insyaallah. janganlah disebabkan tenggelamnya diri kita dengan 31 Ogos sehingga terlupa Ramadhan yang bakal menjelma....

p/s: mintak maaf, pendek sangat.Penulis tak pandai sangat nak mengarang coz kurang berpengalaman dalam bidang penulisan. Segala penambahan dialu-alukan diruangan komen. Semoga ia menjadi ingatan untuk kita semua khususnya umat Islam. UTAMAKAN IBADAH!!!

Saturday, August 23, 2008

Kehadiran Yang Dinanti

0 comments


Kehadiran Yang Dinanti

Rindu rasanya diri ini,
Bila menyedari bulan yang dinanti,
Ramadhan Al-Mubarak kan datang lagi.


Bila terkenangkan kembali,
Ramadhan yang lalu,
Belum kukecapi sepenuh nikmatnya.


Adapun ia dibiarkan begitu sahaja,
Begitulah aku insan yang biasa,
Sering kali leka dan alpa,


Namun seribu doa kupanjatkan,
Agar dapat ku temui lagi,
Dibulan yang mulia ini,
Kerana ia adalah kehadiran yang dinanti,


Nukilan: wanz
 

:: SHAFUANZAWAWI :: Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template