Thursday, March 26, 2009

Nasyid

0 comments

Artikel ni asalnya dari blog kumpulan saya, amik letak kat sini pulak, sekadar nak berkongsi ngan sahabat-sahabat


Nasyid? apa beza nasyid sekarang ngan lagu biasa….sesetengah orang menganggap dua-dua sama….sebab apa…sebab muzik dia dah macam lagu biasa.Biasa lah, masing-masing punya pendapat.

Saya nak cerita sedikit bagaimana kisah saya mula-mula meminati nasyid. Jika diputarkan balik ingatan saya beberapa tahun dahulu. Semasa kecil, lagu nasyid yang mula-mula menambat hati saya ialah dari kumpulan Raihan, tahun 1995. Album puji-pujian yang mana meraih jualan melebihi 600,000 unit dan tidak salah sekiranya kalau saya katakan jualan album tersebut hampir atau melebihi 1 juta unit sekarang. Rekod jualan album pertama Raihan ni masih belum dapat dipecah oleh mana- mana artis di Malaysia, hatta Siti Nurhaliza dan Mawi sekalipun. pada masa itu penerimaan masyarakat terhadap nasyid sudah mula menampakkan kesan positif yang mana mampu mempengaruhi masyarakat, sehinggakan nasyid mempunyai industri sendiri dan dilabelkan sebagai industri nasyid.


Masa tu saya hanya layan nasyid sekadar suka-suka sahaja. Selepas itu, setelah saya memasuki sekolah menengah, semasa ditingkatan 2, saya mula meminati nasyid secara serius. Album yang menarik minat saya untuk terus cenderung dalam nasyid ialah album dari kumpulan in-team yang pada masa itu merupakan antara pelopor nasyid moden terawal di Malaysia. Boleh dikatakan setiap album nasyid saya akan beli sekiranya terdapat keluaran terbaru dipasaran. Alhamdulillah, walaupun dengan duit yang terhad yang saya ada pada masa itu, saya masih mampu menyimpan untuk koleksi album nasyid saya….minat la katakan.


Sejak dari tingkatan satu lagi, apabila kumpulan nasyid sekolah menawarkan saya untuk sertai kumpulan nasyid sekolah pada masa itu, saya menolak pada peringkat awalnya. Namun setelah masuk ke tingkatan 4, saya dapati saya masih belum mempunyai apa-apa sijil aktiviti ko-kurikulum disekolah. Jadi saya ambil keputusan untuk sertai kumpulan nasyid sekolah saya…(sebab ko-kurikulum pada mulanya) lepas tu, memang sebab minat. Hasil dari dorongan rakan sekolah, saya ditawarkan oleh ustazah saya, yang pada ketika itu merupakan guru penasihat kumpulan nasyid sekolah saya, untuk menyertai pasukan nasyid sekolah. Bermula dari situlah tertubuhnya Kumpulan yang dinamakan “Soutul Imtiyaz”. Jika sebelum ini nama kumpulan nasyid ni “Nida’ul Imtiyaz”, adik saya (sama sekolah) juga terlibat dalam kumpulan ini sebelum saya menyertai pada tahun 2003. Setelah “rebranding” atau penjenamaan semula pada tahun 2003, namanya pun bertukar kepada seperti yang ada sekarang (sehingga kini nama kumpulan ini masih digunakan). Saya bersama adik saya terlibat dalam kumpulan tersebut pada masa itu.


Alhamdulillah, dari pertandingan ke pertandingan, dari persembahan dan sebagainya, kumpulan ini berjaya menempatkan namanya disekitar negeri Perak. Lama kelamaan saya merasakan inilah irama hiburan yang saya cari-cari selama ini. Nasyid, pada pendapat saya merupakan suatu irama yang berbeza dari irama yang lain (walaupun sekarang kebanyakan iramanya mirip kepada lagu biasa). Ini kerana mesej yang disampaikan memberi impak positif dalam diri saya (Alhamdulillah). Boleh saya katakan sebagai hiburan yang mendidik jiwa. Saya tidak kisah sekiranya saya dikatakan tidak “open” atau terbuka jika tidak mendengar lagu selain dari lagu nasyid…ini adalah cara saya berhibur


Komen saya terhadap lagu nasyid moden pada masakini ialah muzik yang dimainkan secara moden adalah dengan tujuan untuk menarik minat remaja, contoh yang saya boleh ambil ialah lagu ‘Aku Tanpa Cintamu” dendangan kumpulan mirwana…meskipun ia berentak pop, namun pengaruh lagu tersebut pada saya sampai kepada remaja-remaja dimalaysia khususnya bagi mereka yang ingin mencari alternatif selain dari mendengar ceramah…Cuma apa yang penting ialah kita sebagai Muslim mesti berpegang pada prinsip bersederhana dalam apa jua perkara…paham-paham sendiri lah yer…seperti dalam salah satu lirik lagu Raihan “ berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah”.


Selepas habis sekolah, dalam tahun 2006, saya berpakat dengan adik – beradik saya untuk menubuhkan kumpulan nasyid secara serius. Idea ini saya dapat setelah melihat kesemua adik lelaki saya turut meminati irama nasyid kerana setiap dari mereka menyertai kumpulan nasyid disekolah masing – masing. Saya pun tidak menyangka yang adik-adik saya turut mempunyai minat yang sama dengan saya (Alhamdulillah). Dari situ, tercetus idea untuk menubuhkan kumpulan nasyid adik - beradik yang diberi nama “paradise” yang bermaksud syurga. Sehingga kini, kumpulan paradise bergerak secara “underground”


Insyaallah, kalau ada kelapangan saya akan sambung artikel ni…..

Bisnes

0 comments

Assalamualaikum…


Kembali bersantai di blog ni… Insyaallah, saya akan memulakan projek yang dah lama tertangguh (tapi lepas exam la…). Bukan tak nak buat, tapi masih belum ada keyakinan lagi. Benda ni dah saya simpan selama 2 tahun semata- mata untuk memperoleh sedikit kemahiran. Panjang la pulak, terus terang je lah…Hmm, kalo tengok kat sebelah kanan blog saya ada logo Paradise Music Studio…Ape bendenyer tu….


Paradise Music Studio adalah label untuk segala hasil karya yang dibuat oleh kumpulan nasyid saya, Paradise. Kami bergerak secara kecil-kecilan.


Oklah, bagi sesiapa / kumpulan nasyid yang nak buat minus one ker, lirik ker, lagu pun bleh. Kami menyediakan perkhidmatan untuk buat susunan muzik (music arrangement/music programming). Tapi untuk rakaman suara belum lagi yer (sebab takde studio rakaman lagi). Kami tak lah sehebat komposer-komposer yang lain dalam bidang ni, sekadar yang kami mampu je lah…


Untuk maklumat lanjut:


Hubungi:


Mohd Shafuan (paradise music studio):

E-Mail: msz_sp@yahoo.com.my

Blog: http://www.wanzparadise.blogspot.com


Mohd Roslan (paradise music studio):

E-Mail: are_mrz89@yahoo.com

Blog: http://www.lanzparadise.blogspot.com


Layari blog rasmi kami di: http://www.paradisepublishing.blogspot.com

Friday, March 20, 2009

Teman, Maafkan diriku

1 comments
Cuba renung-renungkan maksud lirik lagu ni:

Sahabat Sejati

Album : See You D IPT
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku


C/O

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya


Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


P/S: Buat sahabat-sahabat sekalian, maafkan saya jika sepanjang dalam penulisan blog ini ada yang tidak berpuashati dengan apa yang ditulis oleh saya. Saya mengharapkan sebarang komen atau teguran membina dari pembaca jika apa yang saya tulis bertentangan dengan pemahaman pembaca. Sekadar ingin berkongsi pendapat dan ilmu diantara satu sama lain (Salah ke???). Maafkan saya jika saya ada menyakiti atau menyinggung perasaan mana-mana pihak dan juga sahabat-sahabat. Saya bersedia untuk menerima sebarang kritikan dari sahabat-sahabat (Tegur “direct” lagi elok, Insyaallah saya cuba menerima dengan seadanya). Pembaca berhak menerima atau menolak segala apa yang saya tulis disini…Yang Baik itu datang dari ALLAH, dan yang buruk itu datang dari KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI.

Friday, March 13, 2009

Produk terbaru Hijjaz Records

0 comments

PASTIKAN YANG ORIGINAL

Wednesday, March 11, 2009

Ha, jawab 2X

3 comments

“Ko ni tak sporting langsung la, nak buat itu pun tak boleh, nak buat ini pun tak boleh”. Hmm, respon…Sesetengah perkara yang tidak ingin kita lakukan dianggap tak sporting oleh sesetengah orang…Sebab apa, sebab orang tu tak suka nak ikut apa yang member dia yang lain buat. Satu persoalan untuk diri saya dan sahabat-sahabat, adakah kita sporting dengan tuhan kita, Allah??? Ha, jawab 2X.


Satu lagi, bila kita sebut “ kita umat Islam hendaklah mengikut contoh akhlak yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dalam kehidupan kita”. Lepas tu ada yang akan jawab, “dia tu Nabi, jangan la bandingkan kita dengan dia, Dia maksum, kita tak”. Hmm, Kalau kita tak ikut contoh Rasulullah, nak ikut contoh sapa lagi, Firaun, Haman, Abu Jahal, Abu Lahab, dan lain-lain??? Ha, jawab lagi…2X.


Bab Solat, “Mat, jom pi solat, ajak Abu”. Pastu apa Mat jawab, “ Nanti sat, aku ada kerja tak siap lagi ni, nak kena hantaq petang ni, URGENT ni”. Hmm, panjang sangat ke umur kita tu. Boleh hidup lagi ke sampai petang nanti. Silap-silap masa tengah dok buat kerja, Allah tarik nyawa kita??? Ha, jawab 2X. (Moga Allah tarik nyawa kita dalam keadaan Beriman).


Kadangkala bila ada sesiapa dari sahabat kita yang bagi nasihat kat sahabat dia yang lain, dia kata, “eleh, cakap tak serupa bikin, kat blog beriya-iya tulih nasihat kat orng lain, tapi tak cermin diri sendiri dulu, kat luar dia pun teruk gak”. Hmm, saranan saya, apa kata jika kita ambil segala nasihat yang orang tu dah bagi. Memang betul dekat luar dia lain tapi yang diri kita sendiri ni dok mengata balik kat dia tu, rasa-rasa dapat pahala ke? orang tu walaupun dia tak ikut (bukan tak ikut langsung) apa yang dia cakap, sekurang-kurangnya dia menyampaikan kepada orang lain. Cuba ingat balik salah satu sifat Nabi, Tabligh, maksudnya menyampaikan. Saya tak nafikan yang kita harus ikut contoh yang terbaik daripada yang orang yang baik, Cuma jangan kita merendahkan orang lain. Mungkin orang tersebut dalam proses untuk mencari jalan sebenar, betul tak???


Ini hanyalah merupakan sebahagian aktiviti harian yang berlaku dalam hidup kita. Banyak lagi yang lain kalau nak diceritakan disini. Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, kadangkala disebabkan kealpaan kita terhadap urusan dunia sehingga terlupa kepada pencipta kita. Sekadar ingat – mengingati antara satu sama lain, ingatlah Allah dimana jua kita berada.


“ Perjalanan yang harus ku tempuh,

Adakala dihujani rintangan tak terputus,

Hanya mencari kasihmu yang kudus,

Adakah bertemu dijalan yang lurus”


-wanz-


P/S: Harap maaf, penggunaan bahasa yang tid
ak betul, jangan tulis karangan macam ni pulak.

Saturday, March 7, 2009

Pesanan Untuk Orang Cantik

1 comments

Pesanan Untuk Orang Cantik
www.iLuvislam.com
i_qbal

editor : kasihsayang


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!




Sumber: www.iluvislam.com


P/S: Bersyukur diatas segala nikmat yang telah Allah beri kepada kita.

Monday, March 2, 2009

inteam : Allahurabbi

0 comments



Sekadar untuk mempromosikan album terbaru inteam yang bakal menjengah dipasaran tidak lama lagi. Album ini merupakan album yang ke 8 inteam dan merupakan album ke 3 terbitan syarikat mereka sendiri, inteamrecords. Album terbaru ini berjudul Allahurabbi yang mana memuatkan 10 buah lagu, diantaranya ialah:

1. Allahu Rabbi.
2. Hamzah Asadullah
3. Hanya Takdir (dedikasi untuk Palestin).
4. Dia Muhammad.
5. Kepastian.
6. Kemuliaan Al-Quran
7. Asy Syafie (duet bersama Ust. Tahassan).
8. Redha.
9. Asma' Allah.
10. Kasih Sayang (duet bersama Ust Asri Rabbani)


Untuk maklumat lanjut, layari laman web inteam di www.inteam.com.my.

 

:: SHAFUANZAWAWI :: Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template