Monday, May 11, 2009
Pesta Buku Antarabangsa KL 2009
lama dah tak posting kat blog ni....xdak idea nak tulih apa dah. Hmm, sepanjang cuti ni, tak banyak benda yang aku buat (tukar saya jadi aku plak). Tapi Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan lancar. Lepas abih exam final lepas, aku join pesta buku antarabangsa KL yang diadakan di PWTC yang lepas. Lebih kurang 5 hari aku join kat pesta tu. Hmm, ni ada skit bingkisan dari pesta buku tu....itu pun amik dari blog kawan aku....tak banyak pun...
Tu je la sikit bingkisan dari PWTC, tak banyak sangat gambar pasal pesta buku nih. Walau camne pun, semua berjalan lancar sepanjang jaga gerai tu. Letih gak melayan pengunjung yang datang. Boleh dikatakan tak menang tangan nak layan diorang.....Thanks to my friend, Husaini sebab invite aku join benda nih....Jazakallah...
Thursday, April 16, 2009
Peperiksaan Hidup
Alhamdulillah, habis jugak exam....tapi baru untuk semester ni. Perjalanan ilmu masih jauh lagi. Ada exam yang lebih besar lagi untuk dihadapi lepas ni, Exam kehidupan sebagai seorang khalifah di muka bumi ni....
Tertarik dengan artikel yang dibuat oleh sahabat saya, Nabil. Saya pun nak tulis benda sama gak (hehe....maaf ye nabil, ana olah skit dari apa yang anta tulis).
Biasanya kalau datang musim exam, baru hubungan kita ngan Allah mula rapat, sebab apa, nak mintak dekat Allah supaya dapat kejayaan dalam peperiksaan. Sekadar untuk ingatan diri sendiri yang lemah ni, juga untuk sahabat2. Waktu exam, punya la doa banyak2, sampai tak miss solat jemaah kat surau, tapi bila dah habis exam, balik macam asal, surau entah kemana, doa entah kemana, seolah-oleh permintaan kita kepada Allah hanya pada waktu susah semata-mata. Hmm, sama-sama kita fikirkan.....Nak baca lebih lanjut, pi kat blog member saya ni...http://ukurkira.blogspot.com
Projek masa cuti...
Cuti saya kali ni agak berbeza skit dari sebelum ni....Alhamdulillah, setelah bertahun tunggu, tercapai jugak hasrat nak merakam lagu sendiri...Kumpulan nasyid saya, paradise kini terlibat dalam album projek yang dinamakan "nasyid underground". Dalam album ni menggabungkan kumpulan-kumpulan nasyid yang bergerak secara "indie". Dalam album ni , kami memperkenalkan single kami yang diberi nama "Realiti". Lagu ni hasil gubahan lirik, lagu, juga susunan muzik oleh kumpulan kami sendiri. Lagu ini mengisahkan tentang realitinya hidup manusia didunia ini adalah semata-mata untuk Allah. Lagu ni dirakam pada 2-04-2009 yang lepas di neurotic studio, Kajang. Terima kasih ye Bro. Halim (devotees). Untuk perkembangan lanjut, layari http://nasyidindie.blogspot.com atau layari blog rasmi paradise
Wallahua'lam...SEJUJUR HATIKU
Thursday, March 26, 2009
Nasyid
Artikel ni asalnya dari blog kumpulan saya, amik letak kat sini pulak, sekadar nak berkongsi ngan sahabat-sahabat
Nasyid? apa beza nasyid sekarang ngan lagu biasa….sesetengah orang menganggap dua-dua sama….sebab apa…sebab muzik dia dah macam lagu biasa.Biasa lah, masing-masing punya pendapat.
Masa tu saya hanya layan nasyid sekadar suka-suka sahaja. Selepas itu, setelah saya memasuki sekolah menengah, semasa ditingkatan 2, saya mula meminati nasyid secara serius. Album yang menarik minat saya untuk terus cenderung dalam nasyid ialah album dari kumpulan in-team yang pada masa itu merupakan antara pelopor nasyid moden terawal di
Sejak dari tingkatan satu lagi, apabila kumpulan nasyid sekolah menawarkan saya untuk sertai kumpulan nasyid sekolah pada masa itu, saya menolak pada peringkat awalnya. Namun setelah masuk ke tingkatan 4, saya dapati saya masih belum mempunyai apa-apa sijil aktiviti ko-kurikulum disekolah. Jadi saya ambil keputusan untuk sertai kumpulan nasyid sekolah saya…(sebab ko-kurikulum pada mulanya) lepas tu, memang sebab minat. Hasil dari dorongan rakan sekolah, saya ditawarkan oleh ustazah saya, yang pada ketika itu merupakan guru penasihat kumpulan nasyid sekolah saya, untuk menyertai pasukan nasyid sekolah. Bermula dari situlah tertubuhnya Kumpulan yang dinamakan “Soutul Imtiyaz”. Jika sebelum ini nama kumpulan nasyid ni “Nida’ul Imtiyaz”, adik saya (sama sekolah) juga terlibat dalam kumpulan ini sebelum saya menyertai pada tahun 2003. Setelah “rebranding” atau penjenamaan semula pada tahun 2003, namanya pun bertukar kepada seperti yang ada sekarang (sehingga kini nama kumpulan ini masih digunakan). Saya bersama adik saya terlibat dalam kumpulan tersebut pada masa itu.
Alhamdulillah, dari pertandingan ke pertandingan, dari persembahan dan sebagainya, kumpulan ini berjaya menempatkan namanya disekitar negeri Perak. Lama kelamaan saya merasakan inilah irama hiburan yang saya cari-cari selama ini. Nasyid, pada pendapat saya merupakan suatu irama yang berbeza dari irama yang lain (walaupun sekarang kebanyakan iramanya mirip kepada lagu biasa). Ini kerana mesej yang disampaikan memberi impak positif dalam diri saya (Alhamdulillah). Boleh saya katakan sebagai hiburan yang mendidik jiwa. Saya tidak kisah sekiranya saya dikatakan tidak “open” atau terbuka jika tidak mendengar lagu selain dari lagu nasyid…ini adalah cara saya berhibur…
Komen saya terhadap lagu nasyid moden pada masakini ialah muzik yang dimainkan secara moden adalah dengan tujuan untuk menarik minat remaja, contoh yang saya boleh ambil ialah lagu ‘Aku Tanpa Cintamu” dendangan kumpulan mirwana…meskipun ia berentak pop, namun pengaruh lagu tersebut pada saya sampai kepada remaja-remaja dimalaysia khususnya bagi mereka yang ingin mencari alternatif selain dari mendengar ceramah…Cuma apa yang penting ialah kita sebagai Muslim mesti berpegang pada prinsip bersederhana dalam apa jua perkara…paham-paham sendiri lah yer…seperti dalam salah satu lirik lagu Raihan “ berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah”.
Selepas habis sekolah, dalam tahun 2006, saya berpakat dengan adik – beradik saya untuk menubuhkan kumpulan nasyid secara serius. Idea ini saya dapat setelah melihat kesemua adik lelaki saya turut meminati irama nasyid kerana setiap dari mereka menyertai kumpulan nasyid disekolah masing – masing. Saya pun tidak menyangka yang adik-adik saya turut mempunyai minat yang sama dengan saya (Alhamdulillah). Dari situ, tercetus idea untuk menubuhkan kumpulan nasyid adik - beradik yang diberi nama “paradise” yang bermaksud syurga. Sehingga kini, kumpulan paradise bergerak secara “underground”
Insyaallah, kalau ada kelapangan saya akan sambung artikel ni…..
Bisnes
Assalamualaikum…
Kembali bersantai di blog ni… Insyaallah, saya akan memulakan projek yang dah lama tertangguh (tapi lepas exam la…). Bukan tak nak buat, tapi masih belum ada keyakinan lagi. Benda ni dah saya simpan selama 2 tahun semata- mata untuk memperoleh sedikit kemahiran. Panjang la pulak, terus terang je lah…Hmm, kalo tengok kat sebelah kanan blog saya ada logo Paradise Music Studio…Ape bendenyer tu….
Paradise Music Studio adalah label untuk segala hasil karya yang dibuat oleh kumpulan nasyid saya,
Oklah, bagi sesiapa / kumpulan nasyid yang nak buat minus one ker, lirik ker, lagu pun bleh. Kami menyediakan perkhidmatan untuk buat susunan muzik (music arrangement/music programming). Tapi untuk rakaman suara belum lagi yer (sebab takde studio rakaman lagi). Kami tak lah sehebat komposer-komposer yang lain dalam bidang ni, sekadar yang kami mampu je lah…
Untuk maklumat lanjut:
Hubungi:
Mohd Shafuan (paradise music studio):
E-Mail: msz_sp@yahoo.com.my
Blog: http://www.wanzparadise.blogspot.com
Mohd Roslan (paradise music studio):
E-Mail: are_mrz89@yahoo.com
Blog: http://www.lanzparadise.blogspot.com
Layari blog rasmi kami di: http://www.paradisepublishing.blogspot.com
Friday, March 20, 2009
Teman, Maafkan diriku
Sahabat Sejati
Album : See You D IPT
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
C/O
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
P/S: Buat sahabat-sahabat sekalian, maafkan saya jika sepanjang dalam penulisan blog ini ada yang tidak berpuashati dengan apa yang ditulis oleh saya. Saya mengharapkan sebarang komen atau teguran membina dari pembaca jika apa yang saya tulis bertentangan dengan pemahaman pembaca. Sekadar ingin berkongsi pendapat dan ilmu diantara satu sama lain (Salah ke???). Maafkan saya jika saya ada menyakiti atau menyinggung perasaan mana-mana pihak dan juga sahabat-sahabat. Saya bersedia untuk menerima sebarang kritikan dari sahabat-sahabat (Tegur “direct” lagi elok, Insyaallah saya cuba menerima dengan seadanya). Pembaca berhak menerima atau menolak segala apa yang saya tulis disini…Yang Baik itu datang dari ALLAH, dan yang buruk itu datang dari KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI.
Friday, March 13, 2009
Wednesday, March 11, 2009
Ha, jawab 2X
“Ko ni tak sporting langsung la, nak buat itu pun tak boleh, nak buat ini pun tak boleh”. Hmm, respon…Sesetengah perkara yang tidak ingin kita lakukan dianggap tak sporting oleh sesetengah orang…Sebab apa, sebab orang tu tak suka nak ikut apa yang member dia yang lain buat. Satu persoalan untuk diri saya dan sahabat-sahabat, adakah kita sporting dengan tuhan kita, Allah??? Ha, jawab 2X.
Satu lagi, bila kita sebut “ kita umat Islam hendaklah mengikut contoh akhlak yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dalam kehidupan kita”. Lepas tu ada yang akan jawab, “dia tu Nabi, jangan la bandingkan kita dengan dia, Dia maksum, kita tak”. Hmm, Kalau kita tak ikut contoh Rasulullah, nak ikut contoh sapa lagi, Firaun, Haman, Abu Jahal, Abu Lahab, dan lain-lain??? Ha, jawab lagi…2X.
Bab Solat, “Mat, jom pi solat, ajak Abu”. Pastu apa Mat jawab, “ Nanti sat, aku ada kerja tak siap lagi ni, nak kena hantaq petang ni, URGENT ni”. Hmm, panjang sangat ke umur kita tu. Boleh hidup lagi ke sampai petang nanti. Silap-silap masa tengah dok buat kerja, Allah tarik nyawa kita??? Ha, jawab 2X. (Moga Allah tarik nyawa kita dalam keadaan Beriman).
Kadangkala bila ada sesiapa dari sahabat kita yang bagi nasihat kat sahabat dia yang lain, dia kata, “eleh, cakap tak serupa bikin, kat blog beriya-iya tulih nasihat kat orng lain, tapi tak cermin diri sendiri dulu, kat luar dia pun teruk gak”. Hmm, saranan saya, apa kata jika kita ambil segala nasihat yang orang tu dah bagi. Memang betul dekat luar dia lain tapi yang diri kita sendiri ni dok mengata balik kat dia tu, rasa-rasa dapat pahala ke? orang tu walaupun dia tak ikut (bukan tak ikut langsung) apa yang dia cakap, sekurang-kurangnya dia menyampaikan kepada orang lain.
Ini hanyalah merupakan sebahagian aktiviti harian yang berlaku dalam hidup kita. Banyak lagi yang lain kalau nak diceritakan disini. Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, kadangkala disebabkan kealpaan kita terhadap urusan dunia sehingga terlupa kepada pencipta kita. Sekadar ingat – mengingati antara satu sama lain, ingatlah Allah dimana jua kita berada.
“ Perjalanan yang harus ku tempuh,
Adakala dihujani rintangan tak terputus,
Hanya mencari kasihmu yang kudus,
Adakah bertemu dijalan yang lurus”
-wanz-
P/S: Harap maaf, penggunaan bahasa yang tidak betul, jangan tulis karangan macam ni pulak.


