Saturday, August 7, 2010

Tengok gambar nih...

0 comments

Rasa - rasanya..

0 comments
Assalamualaikum

Hmm, Seorang demi seorang rakan-rakanku telah pun "grad" di pusat pengajian masing-masing. Sekali-sekala terdetik rasa hati, "bila la nk abis ni"...Ku cuba untuk menenangkan diri kerana Insyaallah akan sampai jugak masa untuk aku menggapai apa yg mereka telah dapat itu. Namun, disebalik itu, ku juga berfikir, adakah belajar semata-mata kerana nak dapat "degree" atau nak dapat gaji besar, atau nak dapat keberkatan ilmu yg telah ku pelajari selama ini...hmm, jawapannya ada pada diri sendiri. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, aku sudah pun berada ditahun akhir pengajianku (Insyaallah, moga dipermudahkanNYA)...ayah,ibu dan juga adik - beradikku, ku harap kalian bersabar seketika, Insyaallah, ku akan berusaha sedaya mungkin untuk memudahkan segala urusan kita sekeluarga kelak..."Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

PARADISE

Ok, sedikit berita mengenai kumpulan paradise. Hmm, memang kami akui yang lama sangat kami x bergerak (Tak tau apa alasan nk bg), cuma boleh lah dikatakan mendiamkan diri buat seketika. kumpulan paradise masih wujud dan buat masa sekarang telah pun menyiapkan beberapa buah lagu baru untuk koleksi kami, mungkin juga untuk album (Insyaallah, kalo ada bajet, xtau lah bila...). Berikut merupakan antara lagu yang sempat aku buat bersama PARADISE masa praktikal yang lepas dan juga sebelum2 tu (Bagi tajuk jer la yer):

1. Andai Masih Ada Masa (Preview).
2. Dibalik Sendu.
3. Sebelum Noktah Terakhir.
4. Masih Mencari.
5. Oh Dunia.

Dan lain-lain lagi.

Ini je la coretan pagi Sabtu, dengan tujuan nak "update" blog yg dah lama x ter"update". Ramadhan bakal menjengah Insyaallah minggu hadapan..."Ya Allah, sampaikanlah aku pada bulan Ramadhan pada tahun ini, Amiin"

P/S: Penggunaan bahasa yang x betul, harap maaf.

"Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri"

Friday, June 18, 2010

Assalamualaikum

0 comments
Assalamualaikum sahabat - sahabat sekalian, lama sangat tak update blog nih. Saya nak berkongsi karya terbaru saya yg berjudul " Sebelum Noktah Terakhir". Hayati bait-bait kata dalam lirik nih, ok. Preview sedang disiapkan buat masa ini dan akan di'preview'kan pada masa yang sesuai.

Sebelum Noktah Terakhir

Lagu/Lirik: Shafuan (Paradise Production)
Susunan Muzik: Nazri, Roslan (Paradise Production)
Hakcipta: Paradise Production

Disaat ku meminta padamu,
Mengharap keampunan darimu,
Tak putus,
Lafaz kasih sayangku hanya untukmu,

Berjuta langkah hitam hidupku,
Meniti haluan sempit itu,
Hinggakan hilang jalan cahaya kasih darimu,

Kerana diriku,
Hanya insan biasa,
Tak mengenal erti dosa,
Membuat diriku hina,

C/O

Dihamparan itu lemah longlai tubuhku,
Titis - titis keinsafan diwajah,
Mengalir mengharapkan restumu,
Dimalam gelita yang penuh syahdu,
Betapa kerdilnya aku,

Kuharap hidayah menyinari hidupku,
Ku mengejar kesempatan itu,
Kerana pintu taubatmu,
Sentiasa terbuka,
Sebelum hayatku berakhir jua,

Sebelum noktah terakhir buatku...

Sunday, April 18, 2010

Andai Masih Ada Masa (Demo)

0 comments


Andai Masih Ada Masa

Jikaku diberikan peluang inginku bercerita,
Pada mereka jerih payah hidupku,
Agar dapat dikongsi bersama,

Mengapa sukar Kau dengarkan suara hatiku,
Merintih pertolongan,
Tidakku rebah diperjalanan,
Sujud memohon bantuanmu Tuhan,

Kuhamparkan diriku,
Dikamar suci menghadap Ilahi,
Mengadu kesilapanku,
Maafkanku Ya Tuhan Ya Rabbal A'lamin,

C/O

Andainya diriku tak dipeduli,
Oleh mereka yang tiada simpati,
Kuharap belas ihsanMu Ya Rabbi,
Hanya padaMu tempat ku berlindung diri,

Andainya diriku dihina,
Oleh mereka yang mencerca,
Mungkin itu kifarah bagiku,
Kerna segala dosa - dosaku dimasa lalu,

Senilagu: Shafuan/Roslan (Paradise Production)
Senikata: Najmi (Paradise Production)
Susunan Muzik: Nazri/Roslan (Paradise Production)
Hakcipta: Paradise Production

Sunday, March 14, 2010

Nur Muhammad

0 comments
Dapatkan dipasaran sekarang...Layari http://www.inteam.com.my untuk maklumat lanjut

Friday, January 15, 2010

Karnival Tour Nasyid Indie

0 comments

Maklumat lanjut layari http://abdhalim-ahmad.blogspot.com

Wednesday, January 13, 2010

Sejadah Cintamu

0 comments
Sejadah Cintamu

Kamar cinta terbuka,
Tika malam gelita,
Mendamba mengharap sebuah cinta,
Yang bisa menghapus dosa,

Kuutus secangkir rindu,
Buat pemilik jasadku,
Dalam linangan tangisan syahdu,
Meratib asma' yang agung

C/O

Sujudku disejadah cintamu,
Memohon ampun khilaf yang lalu,
Ku alun rantaian zikrul padamu,
Dalam luluh rintihan kalbu,

Ya Allah terimalah ku hambamu,
Sucikan aku dengan maghfirahmu,
Damaikan aku dengan cintamu,
Hidup matiku hanya untukmu,

Sungguhku akui engkaulah cinta abadi,
Biarku diuji kutetap dijalan ini,

Senilagu: Shafuan, Roslan, Najmi (Paradise Production)
Senikata: Abu Afham (Paradise Production)
Susunan Muzik : Roslan (Paradise Production)
Hakcipta: Paradise Production
 

:: SHAFUANZAWAWI :: Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template