Wednesday, January 13, 2010
Sejadah Cintamu
Kamar cinta terbuka,
Tika malam gelita,
Mendamba mengharap sebuah cinta,
Yang bisa menghapus dosa,
Kuutus secangkir rindu,
Buat pemilik jasadku,
Dalam linangan tangisan syahdu,
Meratib asma' yang agung
C/O
Sujudku disejadah cintamu,
Memohon ampun khilaf yang lalu,
Ku alun rantaian zikrul padamu,
Dalam luluh rintihan kalbu,
Ya Allah terimalah ku hambamu,
Sucikan aku dengan maghfirahmu,
Damaikan aku dengan cintamu,
Hidup matiku hanya untukmu,
Sungguhku akui engkaulah cinta abadi,
Biarku diuji kutetap dijalan ini,
Senilagu: Shafuan, Roslan, Najmi (Paradise Production)
Senikata: Abu Afham (Paradise Production)
Susunan Muzik : Roslan (Paradise Production)
Hakcipta: Paradise Production
Monday, December 7, 2009
Practical Training (Bulan Pertama)
Minggu Kedua: Lawatan tapak dan taklimat projek di Sungai Petani (Projek len plak), lawatan tapak dan taklimat projek di USM, Pulau Pinang.
Minggu Ketiga: Hantar claim di Alor Star, Mesyarat tapak di Wisma Persekutuan Alor Star, Mesyuarat dan serah tapak di Kg Selat Bagan Nyior, Langkawi, Kedah.
Tuesday, October 13, 2009
Koleksi Nasyid Indie Vol. 2
Sebelum itu, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Muslimin dan Muslimat (Masih tak terlambat lagi kan...)
Merujuk kepada tajuk 'posting' diatas;
Artikel dibawah diambil dari blog Saudara Halim devotees berkenaan projek album nasyid indie vol 2 pulak;
CALL FOR KOLEKSI NASYID INDIE VOL. 2 PARTICIPATION !
Seperti yang tertera pada tajuk posting kali ni, saya ingin mengumumkan penyertaan untuk album Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 kini telah dibuka. Jadi sesiapa yg ada group nasyid, atau yg aktif bernasyid secara solo bolehla menghubungi saya melalui talian 017 7222612, dan kita akan berkenal2an lah sket (termasuk anda akan dimaklumkan syarat2 untuk menyertai) sebelum kita proceed to next stage.
Sepertimana yg smuanya sudah maklum, Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 yg bertajuk Nasyeed Underground telahpun berada di pasaran gelap (underground) sejak Ogos 2009 yg lepas, dan alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan rasanya para penasyid yg terlibat di dalam album Nasyeed Underground pun dapat rasa hasil penat lelah mereka bekerjasama dalam album tersebut telah terbayar. Lagu2 mereka kini lebih dikenali, dan mula menerima tawaran2 mengadakan persembahan di merata tempat.
Sedikit info tentang Koleksi Nasyid Indie Vol. 2, tajuk album masih belum ada lagi, tapi insyaAllah kali ni perancangannya lagu2 yg akan dimuatkan mungkin hanya 8 buah lagu sahaja di mana kualitinya sudah pasti akan mengatasi Vol. 1. Jadi kepada yg berminat jangan segan2 nak hubungi saya, penyertaan dari wanita juga saya terima, yg penting boleh beri komitmen dan faham Islam ye..
Produksi Koleksi Nasyid Indie Vol. 2 ini dijangka bermula November ini dan jika segalanya berjalan dengan baik dan mengikut apa yg dikehendakiNya, insyaAllah akan dipasarkan menjelang bulan April 2010.
Akhir kata, tolong panjang2kan/sampai2kan informasi ni kepada kenalan2 anda, mudah2n peluang yg mereka nanti2kan selama ini untuk menghasilkan album sendiri akan menjadi kenyataan, insyaAllah. Sekian, ma'assalamah.
Posted by Abd Halim Ahmad at 10:55 AM
Ok, bagi yang berminat, hubungi nombor yang tertera dalam artikel diatas....
P/S: Album Nasyid Indie Vol. 1 - Nasyeed Underground masih lagi dijual, boleh dapatkan terus dari saya...
13/10/2009: Selasa: 5:04 pm
Tuesday, September 1, 2009
Lagu baru pulak...
Ni lagu baru yang saya cipta beberapa hari lepas waktu tengah tak de idea nak wat apa waktu tu. Tak siap lagi dia punya lirik, bagi kat adik suruh dia sambung. InsyaAllah, akan dibuat susunan muzik untuk lagu ni. Tengok la kat lirik dia kalau ada apa2 yang tak kena, ok....
Tak Mungkin
Senilagu/Senikata: Shafuan, Roslan (Zafran Management)
Hakcipta: Zafran Management
Tak mungkin,
Ku ada disini,
Jika tiada ujian dariMU,
Tak mungkin,
Bisa kuberdiri,
Jika tiada keizinan dariMU,
Kerna Kau Mengetahui,
Segala isi hati,
Walaupun tersembunyi,
Dalam diri,
Tetapi,
Kini kumungkiri,
Janji yang telah dahulu Kau beri,
Sebagai,
Hamba sejati,
Mengabdi diri,
Kepada Ilahi,
C/O
Walau ku sedari kealpaan diri,
Hingga kumungkiri suruhan Ilahi,
Kerna ku tak pernah jujur pada diri,
Dengan dosa ini,
..........(Tak tau nk sambung apa)
Sunday, August 30, 2009
Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Assalamualaikum,
Artikel ni saya amik dari e-mail saya, ada orang forward tapi lama tak bukak. Rasanya perlu untuk saya sampaikan kepada orang lain. Moga mendapat manfaat dan barakah lebih-lebih lagi dibulan yang mulia ni. Sama-sama kita renungkan....
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu...dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.
"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "
Wallahua'lam
Tuesday, August 25, 2009
Album Koleksi Nasyid Indie Vol 1 - Nasyeed Underground kini di pasaran!!!
AssalamualaikumAlhamdulillah, setelah kian lama menanti, akhirnya terbit juga album ni. Kita hanya merancang, namun perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita. Syukur kehadrat Ilahi kerana mengizinkanku bersama "paradise" untuk menyampaikan bait-bait nasihat dalam single "realiti" yang terdapat dalam album ini. Saya mengharapkan pendengar mendapat sedikit sebanyak manfaat dari album ini. Saya mengharapkan album ini menjadi salah satu sumbangan dalam menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini, Insyaallah...
Harga pasaran ialah RM 25.90 dan terdapat di kedai2 terpilih sahaja (seperti toko2 yng menjual kitab2 agama, dan lain2). Juga boleh didapati secara terus dari kami melalui http://www.e-zafran.com/v1 pada harga serendah RM 18.00 (Hanya untuk 99 orang pembeli terawal!!!).
"Yang baik itu datang dari Allah, Yang buruk itu datang dari kelemahan kami sendiri"
Thursday, August 20, 2009
Ramadhan Kembali
AssalamualaikumSaya mengucapkan Salam Ramadhan Al - Mubarak buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian. Maafkan segala kekurangan dan kelemahan yang telah saya lakukan terhadap sahabat - sahabat sekalian.
