Sunday, August 30, 2009

Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

1 comments

Assalamualaikum,


Artikel ni saya amik dari e-mail saya, ada orang forward tapi lama tak bukak. Rasanya perlu untuk saya sampaikan kepada orang lain. Moga mendapat manfaat dan barakah lebih-lebih lagi dibulan yang mulia ni. Sama-sama kita renungkan....


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu...dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "


Wallahua'lam

Tuesday, August 25, 2009

Album Koleksi Nasyid Indie Vol 1 - Nasyeed Underground kini di pasaran!!!

0 comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah kian lama menanti, akhirnya terbit juga album ni. Kita hanya merancang, namun perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita. Syukur kehadrat Ilahi kerana mengizinkanku bersama "paradise" untuk menyampaikan bait-bait nasihat dalam single "realiti" yang terdapat dalam album ini. Saya mengharapkan pendengar mendapat sedikit sebanyak manfaat dari album ini. Saya mengharapkan album ini menjadi salah satu sumbangan dalam menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini, Insyaallah...

Harga pasaran ialah RM 25.90 dan terdapat di kedai2 terpilih sahaja (seperti toko2 yng menjual kitab2 agama, dan lain2). Juga boleh didapati secara terus dari kami melalui http://www.e-zafran.com/v1 pada harga serendah RM 18.00 (Hanya untuk 99 orang pembeli terawal!!!).

"Yang baik itu datang dari Allah, Yang buruk itu datang dari kelemahan kami sendiri"

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Kembali

0 comments
Assalamualaikum

Sedar atau tidak, bulan yang dinanti - nantikan kini kembali lagi. Adakah prestasi kita masih sama seperti bulan ramadhan yang lalu? Adakah bulan ini sekadar berlalu begitu sahaja seperti bulan-bulan yang lain? Tanyalah iman kita sendiri.... walaubagaimanapun, Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk bertemu lagi didalam bulan yang mulia ini. Semoga ia berupaya untuk menjadikan kita sebagai hamba Allah yang benar-benar bertaqwa.

Saya mengucapkan Salam Ramadhan Al - Mubarak buat sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian. Maafkan segala kekurangan dan kelemahan yang telah saya lakukan terhadap sahabat - sahabat sekalian.

"Kepedihan hati memberi erti kesabaran"

shafuanzawawi

Monday, July 27, 2009

Sahabat

0 comments

Assalamualaikum....


Saya tertarik dengan artikel ni yang saya amik dari laman www.islam.gov.my. Ia berkenaan dengan sahabat sejati. Tajuk ni biasanya orang akan boring nak baca. Kata 'feeling' terlebih la, apa2 je lah...Tapi tak salahkan kalau kita ulang satu benda tu banyak-banyak kali, kot-kot la bleh lekat dalam hati kita. Sejujurnya, saya bukanlah seorang sahabat yang baik terhadap rakan-rakan saya yang lain, tak layak pun nak dapat 'title' sahabat sejati. Namun, apa salahnya kita cuba berusaha nak jadi camtu. Hmm, bacalah artikel bawah ni dulu ye....agak panjang jugak la....


SAHABAT SEJATI


oleh:Haslinda Lukman


“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.


Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’


DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.


Tarikh : 10 March 2006
[Zakaria Bin Othman]
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]

P/S: Setiap orang berbeza definisi sahabat. Apa pun, nasihat untuk diri saya dan sahabat-sahabat, jadilah sahabat yang baik untuk rakan anda...Wallahua'lam...

Saturday, July 25, 2009

Realiti

0 comments
Assalamualaikum...

Ni lah lirik lagu single paradise yang dimuatkan dalam album Nasyeed Underground - Koleksi Nasyid Indie Vol 1, yang akan keluar tak lama lagi, Insyaallah.

Realiti (4:10)

Senilagu / Senikata: shafuan, Lan, najmi (Paradise Production)
Susunan Muzik: Lan, Abd Halim (Neurotic Studio)
Gitar Akustik: Abd Halim
Studio Rakaman: Neurotic Studio
Artis: paradise
Album: Nasyeed Underground - Koleksi Nasyid Indie Vol 1

Kucuba untuk berlari,
Mengejar mimpi yang tak pasti,
Namun hakikatnya kusedari,
Hidup ini hanya realiti,

Walauku tahu ia hanya ilusi,
Namun tetapku berlari,

Kucuba untuk mencari,
Mengenal erti hidup ini,
Bila akhirnya kutemui,
Ketenangan yang hakiki,

C/O

Ya Allah, Sedarkanlah diriku,
Dari lenaku ini,
Masih membayangiku,

Sujudku hanya engkau yang tahu,
Pasrah redha untukmu,
Yang Maha Agung,
Wahai tuhanku ampunilah aku…

Selangkah ku mencari rahmatMu,
Biarpun berjuta ranjau menghampiri,
Ku teruskan,
Untuk mencari cinta Mu,

Monday, July 6, 2009

Kembali

0 comments
Assalamualaikum, lama tak singgah kat sini. Alhamdulillah, buat masa sekarang ni, saya agak sibuk dalam proses untuk mempromosikan album nasyeed underground yang akan keluar nanti. Semalam baru sahaja terima panggilan dari Halim tentang perkembangan album. Insyaallah, hari ni diorang dalam proses nak mastering lagu-lagu dalam album tuh.

Selain itu, untuk akan datang, saya dalam perancangan untuk rakam single kedua pulak. Insyaallah, lagu Sepi Sendiri yang akan diberi nafas baru. Sekarang, saya bersama adik sedang giat untuk menyiapkan susunan muzik terbaru untuk lagu tu.

Doakan yang terbaik buat kami....

Monday, May 11, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009

0 comments
Assalamualaikum...

lama dah tak posting kat blog ni....xdak idea nak tulih apa dah. Hmm, sepanjang cuti ni, tak banyak benda yang aku buat (tukar saya jadi aku plak). Tapi Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan lancar. Lepas abih exam final lepas, aku join pesta buku antarabangsa KL yang diadakan di PWTC yang lepas. Lebih kurang 5 hari aku join kat pesta tu. Hmm, ni ada skit bingkisan dari pesta buku tu....itu pun amik dari blog kawan aku....tak banyak pun...

Ni la gerai yang aku join, gerai inteam records

Pengunjung - pengunjung yang tak putus-putus...

Bersama saudara Nazrey Johani

Tu je la sikit bingkisan dari PWTC, tak banyak sangat gambar pasal pesta buku nih. Walau camne pun, semua berjalan lancar sepanjang jaga gerai tu. Letih gak melayan pengunjung yang datang. Boleh dikatakan tak menang tangan nak layan diorang.....Thanks to my friend, Husaini sebab invite aku join benda nih....Jazakallah...
 

:: SHAFUANZAWAWI :: Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template