Thursday, September 30, 2010

Pak Teh: Sukar diganti


AL-FATIHAH

Gerik, 30 Sept: Pengasas Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau lebih dikenali Pondok Pak Teh, Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman telah kembali kerahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Ulasan: Perginya seorang ulama' yang cukup disegani didaerah tempatku tinggal sebelum nih, Pengkalan Hulu, Perak. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. Pergi lagi seorang tokoh ilmuan yang sukar dicari ganti. Moga rohnya ditempatkan dikalangan roh para Rasul, Nabi, Syuhada' dan juga para Solihin. Pak Teh, kehilanganmu amat dirasai.

Berikut merupakan gambar-gambar suasana pengebumian Allahyarham. Gambar diambil dari http://www.facebook.com/album.php?aid=2090121&id=1143398054

Jenazah Pakteh dibawa melangkah dari surau

Jenazah dalam perjalanan

Antara yang hadir mengiringi jenazah

P/S: Teringin sangat nak balik lihat pengebumian Allahyarham, namun apakan daya, hanya Al-Fatihah sahaja yang mampu kukirimkan...

1 comments:

Nabil MJ on September 30, 2010 at 6:18 PM said...

Moga Allah tempatkan Allahyarham bersama orang orang2 yang soleh..Ameenn..

 

:: SHAFUANZAWAWI :: Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template