Saturday, October 23, 2010

Dua Cinta Berbeza

0 comments
Assalamualaikum,

Hmm, jiwangkan tajuk atas tu. Dua Cinta Berbeza ni lirik terbaru ku untuk paradise. maklumbalas yang diterima dari member mengatakan tajuk dia jiwang tul... Hmm, sengaja aku letak tajuk nih... Ingat lagi lagu "Antara Dua Cinta" nyanyian nadamurni, lirik dia ok jer...Aku harap sahabat-sahabat faham maksud sebenar lirik nih. Melodi lagu nih "still under construction"

Dua Cinta Berbeza

Sukarnya tuk menilai,
Dua cinta berbeza,
Nilai dunia sementara,
Nilaian akhirat kekal selamanya,

Satu cinta pada sidia,
Tidak kekal tidak kemana,
Satu cinta pada pencipta,
Kekal setia sentiasa bersama,

C/O

Dua cinta berbeza,
Satu yang kekal,
Satu yang fana,
Pilihan berbeza,

Walau sukar diterima,
Namun itulah realitinya,
Kembali pada Yang Esa,

Senilagu: Shafuan / Roslan (Paradise Production)
Senikata: Shafuan (Paradise Production)
Susunan Muzik: Roslan (Paradise Production)
Hakcipta: Paradise Production

Thursday, September 30, 2010

Pak Teh: Sukar diganti

1 comments
AL-FATIHAH

Gerik, 30 Sept: Pengasas Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau lebih dikenali Pondok Pak Teh, Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman telah kembali kerahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Ulasan: Perginya seorang ulama' yang cukup disegani didaerah tempatku tinggal sebelum nih, Pengkalan Hulu, Perak. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. Pergi lagi seorang tokoh ilmuan yang sukar dicari ganti. Moga rohnya ditempatkan dikalangan roh para Rasul, Nabi, Syuhada' dan juga para Solihin. Pak Teh, kehilanganmu amat dirasai.

Berikut merupakan gambar-gambar suasana pengebumian Allahyarham. Gambar diambil dari http://www.facebook.com/album.php?aid=2090121&id=1143398054

Jenazah Pakteh dibawa melangkah dari surau

Jenazah dalam perjalanan

Antara yang hadir mengiringi jenazah

P/S: Teringin sangat nak balik lihat pengebumian Allahyarham, namun apakan daya, hanya Al-Fatihah sahaja yang mampu kukirimkan...

Wednesday, September 29, 2010

Konvoi Raya KTI 2010

0 comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lalu (26/09/2010), aku berkesempatan untuk sertai program anjuran KTI (Komuniti Teman inteam), Konvoi Raya KTI yang mana diadakan setiap tahun. Ini merupakan program pertama KTI yang aku turut serta. Bermula seawal pukul 8.00 pagi hingga 9.00 malam (Lebih kurang). Bermula di Putrajaya, Klang, Damansara Damai, Batu Caves, Gombak, dan akhirnya Wangsa Maju (Kalau tak silap).

Dekat rumah salah seorang ahli KTI di Klang, Selangor

Rumah Abg. Amin inteam

Rumah Abg. Rahim inteam

Rumah Abg. Syah inteam

Kemudian, ziarah kerumah anak yatim Permata Hatiku. Terdapat 15 orang anak-anak dirumah tersebut. Yang menariknya ialah, rumah ini ditadbir oleh seorang ustaz muda yang berumur 25 tahun. Moga segala yang diusahakan akan beroleh keberkatan dari Allah S.W.T. Terima kasih ustaz atas kesudian menerima kunjungan kami ke Rumah Permata Hatiku. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman facebook mereka http://www.facebook.com/profile.php?id=100001465106621

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak penganjur yang telah bersusah payah untuk menjayakan program nih. Alhamdulillah, banyak manfaat yang telah aku dapat sepanjang program nih. Bukan setakat berjalan raya jer, tambah kenalan, erat silaturrahim, prihatin dsb. Moga program ni bleh dibuat lagi untuk taun2 yang mendatang plak. Terima kasih gak untuk sahabatku, Husaini (jadi drebar untuk hari tu) "promote" untuk aku ikut program nih. Terima kasih pada tuan rumah yang sudi terima kedatangan pada hari tu (Makanan sume sedap2, Alhamdulillah). Akhir kata, Yang baik itu datang dari Allah, Yang buruk itu datang dari kelemahanku sendiri...Wallahu a'lam...

P/S: Penggunaan laras bahasa yang tidak betul. Jangan buat karangan seperti diatas kalau dalam peperiksaan

Friday, September 3, 2010

Fikir fikir

0 comments
Assalamualaikum

Sekadar ingatan untuk diriku dan sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah S.W.T:

Alhamdulillah, kita masih lagi dihidupkan oleh Allah hingga hari ini dan masih mampu meniup udara pada setiap pagi. Juga Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk berpuasa dan beribadah hingga saat ini (Dah nak hujung Ramadhan dah pun, moga sentiasa dalam Ibadah). Kadangkala kita terlupa bahawa dengan segala nikmat dan kurniaan yang telah Allah beri kepada setiap hari sering kita sia-siakan (Termasuk diriku). Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan masa.

Allah S.W.T memberi kita 24 jam sehari untuk kita gunakan sebaik-baiknya dalam kehidupan.8 jam dengan urusan dunia dan sebagainya, 8 jam Ibadah, 8 jam untuk tidur. Nampak mudah jika disebut, namun untuk melakukannya???...fikir-fikirkan. Daripada 24 jam tersebut, berapa banyak masa yang telah kita bazirkan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan kadangkala hingga membawa dosa pada diri kita???...fikir fikirkan. Adakah adil bagi kita jika perkara-perkara berkaitan dunia kita mampu untuk gunakan sebanyak masa yang mungkin tetapi untuk ibadah hanya pada waktu yang wajib semata-mata (Sekurang-kurangnya)???...fikir-fikirkan...

Jawapan kepada persoalan diatas terletak pada diri kita sendiri. Sekadar perkongsian untuk pagi Jumaat yang mulia ni, semoga beroleh barakah dariNYA, Insyaallah

Sebuah hadis Nabi yang bermaksud: "Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara: Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati".

Penjelasan hadis ni pulak (Diambil dari http://www.pesantrenvirtual.com/index.php?option=com_content&task=view&id=638&Itemid=30)

Lima perkara tersebut adalah sebagai berikut:
  1. "Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu". Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan, kesuksesan, dan keberhasilan, karena masa mudalah kita mempunyai ambisi, keinginan dan cita-cita yang ingin kita raih, bukan berarti masa tua mneghalangi kita untuk tetap berusaha mencapai keinginan kita, tapi tentulah usaha masa tua akan berbeda halnya dengan usaha saat kita masih muda. Maka dari itu masa muda hendaklah diisi dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat hingga tidak menyesal di kemudian hari.

  2. "Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu". Disini kita dianjurkan untuk menghargai waktu, agar bisa diisi dengan hal-hal yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri maupun orang lain. Misalnya, menengok saudara ketika ada kesempatan sebelum kesibukan menghampiri kita, hingga tidak sempat lagi untuk sekedar mengunjungi kerabat.

  3. "Pergunakan waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu". Hal ini juga anjuran agar kita senantiasa waspada pada segala kemungkinan yang sifatnya diluar prediksi manusia, seperti halnya sakit. Sakit disini bukan sebatas sakit jasmani, tapi juga sakit rohani. Maka ketika kita sehat jasmani-rohani, hendaknya kita senantiasa mempergukannya untuk hal-hal yang bermanfaat tanpa mengulur-ngulur waktu.

  4. "Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu". Tidak terlalu jauh berbeda dari penjelasan di atas, ketika kekayaan ada pada kita, baik itu berupa materi atau lainnya, maka hendaknya kita memanfaatkannya sebaik-baiknya, jangan menghambur-hamburkan.

  5. "Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu". Yang terakhir ini merupakan cakupan dari empat hal diatas. Ketika kita diberi kehidupan maka hidup yang diberikan pada kita itu sebenarnya merupakan kesempatan yang tiada duanya. Karena kesempatan hidup tidak akan datang untuk kedua kalinya. Kehidupan harus dijalani sesuai tuntutan kemaslahatannya.
P/S: penulis dalam penjelasan hadis diatas tu dari Indonesia, sebab tu penggunaan bahasa lain skit :)

Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahanku sendiri

Wallahua'lam

Saturday, August 7, 2010

Tengok gambar nih...

0 comments

Rasa - rasanya..

0 comments
Assalamualaikum

Hmm, Seorang demi seorang rakan-rakanku telah pun "grad" di pusat pengajian masing-masing. Sekali-sekala terdetik rasa hati, "bila la nk abis ni"...Ku cuba untuk menenangkan diri kerana Insyaallah akan sampai jugak masa untuk aku menggapai apa yg mereka telah dapat itu. Namun, disebalik itu, ku juga berfikir, adakah belajar semata-mata kerana nak dapat "degree" atau nak dapat gaji besar, atau nak dapat keberkatan ilmu yg telah ku pelajari selama ini...hmm, jawapannya ada pada diri sendiri. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, aku sudah pun berada ditahun akhir pengajianku (Insyaallah, moga dipermudahkanNYA)...ayah,ibu dan juga adik - beradikku, ku harap kalian bersabar seketika, Insyaallah, ku akan berusaha sedaya mungkin untuk memudahkan segala urusan kita sekeluarga kelak..."Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

PARADISE

Ok, sedikit berita mengenai kumpulan paradise. Hmm, memang kami akui yang lama sangat kami x bergerak (Tak tau apa alasan nk bg), cuma boleh lah dikatakan mendiamkan diri buat seketika. kumpulan paradise masih wujud dan buat masa sekarang telah pun menyiapkan beberapa buah lagu baru untuk koleksi kami, mungkin juga untuk album (Insyaallah, kalo ada bajet, xtau lah bila...). Berikut merupakan antara lagu yang sempat aku buat bersama PARADISE masa praktikal yang lepas dan juga sebelum2 tu (Bagi tajuk jer la yer):

1. Andai Masih Ada Masa (Preview).
2. Dibalik Sendu.
3. Sebelum Noktah Terakhir.
4. Masih Mencari.
5. Oh Dunia.

Dan lain-lain lagi.

Ini je la coretan pagi Sabtu, dengan tujuan nak "update" blog yg dah lama x ter"update". Ramadhan bakal menjengah Insyaallah minggu hadapan..."Ya Allah, sampaikanlah aku pada bulan Ramadhan pada tahun ini, Amiin"

P/S: Penggunaan bahasa yang x betul, harap maaf.

"Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri"

Friday, June 18, 2010

Assalamualaikum

0 comments
Assalamualaikum sahabat - sahabat sekalian, lama sangat tak update blog nih. Saya nak berkongsi karya terbaru saya yg berjudul " Sebelum Noktah Terakhir". Hayati bait-bait kata dalam lirik nih, ok. Preview sedang disiapkan buat masa ini dan akan di'preview'kan pada masa yang sesuai.

Sebelum Noktah Terakhir

Lagu/Lirik: Shafuan (Paradise Production)
Susunan Muzik: Nazri, Roslan (Paradise Production)
Hakcipta: Paradise Production

Disaat ku meminta padamu,
Mengharap keampunan darimu,
Tak putus,
Lafaz kasih sayangku hanya untukmu,

Berjuta langkah hitam hidupku,
Meniti haluan sempit itu,
Hinggakan hilang jalan cahaya kasih darimu,

Kerana diriku,
Hanya insan biasa,
Tak mengenal erti dosa,
Membuat diriku hina,

C/O

Dihamparan itu lemah longlai tubuhku,
Titis - titis keinsafan diwajah,
Mengalir mengharapkan restumu,
Dimalam gelita yang penuh syahdu,
Betapa kerdilnya aku,

Kuharap hidayah menyinari hidupku,
Ku mengejar kesempatan itu,
Kerana pintu taubatmu,
Sentiasa terbuka,
Sebelum hayatku berakhir jua,

Sebelum noktah terakhir buatku...

Sunday, April 18, 2010

Andai Masih Ada Masa (Demo)

0 comments


Andai Masih Ada Masa

Jikaku diberikan peluang inginku bercerita,
Pada mereka jerih payah hidupku,
Agar dapat dikongsi bersama,

Mengapa sukar Kau dengarkan suara hatiku,
Merintih pertolongan,
Tidakku rebah diperjalanan,
Sujud memohon bantuanmu Tuhan,

Kuhamparkan diriku,
Dikamar suci menghadap Ilahi,
Mengadu kesilapanku,
Maafkanku Ya Tuhan Ya Rabbal A'lamin,

C/O

Andainya diriku tak dipeduli,
Oleh mereka yang tiada simpati,
Kuharap belas ihsanMu Ya Rabbi,
Hanya padaMu tempat ku berlindung diri,

Andainya diriku dihina,
Oleh mereka yang mencerca,
Mungkin itu kifarah bagiku,
Kerna segala dosa - dosaku dimasa lalu,

Senilagu: Shafuan/Roslan (Paradise Production)
Senikata: Najmi (Paradise Production)
Susunan Muzik: Nazri/Roslan (Paradise Production)
Hakcipta: Paradise Production

Sunday, March 14, 2010

Nur Muhammad

0 comments
Dapatkan dipasaran sekarang...Layari http://www.inteam.com.my untuk maklumat lanjut

Friday, January 15, 2010

Karnival Tour Nasyid Indie

0 comments

Maklumat lanjut layari http://abdhalim-ahmad.blogspot.com

Wednesday, January 13, 2010

Sejadah Cintamu

0 comments
Sejadah Cintamu

Kamar cinta terbuka,
Tika malam gelita,
Mendamba mengharap sebuah cinta,
Yang bisa menghapus dosa,

Kuutus secangkir rindu,
Buat pemilik jasadku,
Dalam linangan tangisan syahdu,
Meratib asma' yang agung

C/O

Sujudku disejadah cintamu,
Memohon ampun khilaf yang lalu,
Ku alun rantaian zikrul padamu,
Dalam luluh rintihan kalbu,

Ya Allah terimalah ku hambamu,
Sucikan aku dengan maghfirahmu,
Damaikan aku dengan cintamu,
Hidup matiku hanya untukmu,

Sungguhku akui engkaulah cinta abadi,
Biarku diuji kutetap dijalan ini,

Senilagu: Shafuan, Roslan, Najmi (Paradise Production)
Senikata: Abu Afham (Paradise Production)
Susunan Muzik : Roslan (Paradise Production)
Hakcipta: Paradise Production
 

:: SHAFUANZAWAWI :: Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template