Wednesday, February 16, 2011

Bila Hati Kosong

0 comments
Bila hati kosong, syaitan pun syok tumpang sekaki nak ajak kita wat benda merapu....

Bila hati kosong, yang baik boleh jadi jahat

Bila hati kosong, jiwa juga boleh jadi kosong...

Bila hati kosong, bla bla bla bla dan sebagainya...

Bila hati kosong.................................fikirlah sendiri yer

WALLAHU A'LAM

Sunday, February 13, 2011

Eh, aku bukan ustaz / ustazah...

1 comments
Assalamaualaikum...

"eh, aku bukan ustaz/ustazah nk tlg jwb bnda2 camni, ko tanya la kat sapa2 yg alim lg yer...aku x amik aliran agama ms blaja dulu, aku amik aliran Sains"...Pulak dah, takkan nk tunggu jd ustaz/ustazah dulu baru bleh jawab kot. Hmm, inilah yg terjadi pada akhir zaman ni apabila kita sendiri yang mengasingkan ilmu2 yg kita katakan "dunia semata-mata" tu dgn agama Islam kita sendiri. Hakikatnya, dua2 jenis ilmu ni dtg dari Allah gak, cuma kita sendiri yg memisahkannya...Tu lah, dah berjaya kan rancangan org2 Kafir Laknatullah tu kan???

Aku penah dgq seorg penceramah waktu program Maulidurrasul taun bila tah bg contoh camni, mak dia kata: "Baguihnya anak hang, jadi ustaz no, sejuk perut mak mengandung". Abih tu, yg jadi bomba, polis, arkitek, dsb tu x sejuk perut mak???

Begini, bila dikatakan ttg ilmu, bnda ni amat luas dan sampai hadith pun ada sebut pasal nih."Menuntut ilmu itu Fardhu keatas setiap Muslim...". Maka, blaja la apa yg korang nak (Tp bnda2 yg elok la) dan apa yg kita blaja ni sepatutnya boleh menghubungkan dan mendekatkan kita dgn Allah S.W.T (Hopefully). Tak kira la perubatan ke, fizik, kimia "and da geng" tuh. Tp apa yg berlaku skrg, ilmu yg kita blaja la ni seakan menjauhkan diri kita ngan Allah S.W.T. Puncanya??? Hmm, anda tau sendiri (Aku pun dok cari gak punca dia)

Mesti lebih menarikkan kalo golongan2 yg dikatakan "profesional" (Ye Ke?) ni boleh jawb sekali ap2 permasalahan agama dan ditambah ngan huraian yg lebih mendalam oleh tokoh2 agama termasuk ustaz dan ustazah. Contohnya, bagaimana pd suatu ketika seorang wanita bukan beragama Islam datang ke Klinik bertanyakan soalan kpd seorg doktor yang beragama Islam dgn soalan berbunyi begini; " Doktor, sy mau tanya sikit, itu gugur anak, ada haram ka????". Takkan waktu tu baru nk telefon ustaz nk tanya pasal bnda tu, atau nk jawab suka hati jer. Kan menarik kalo ada doktor yg bleh jawab camni: " Dalam agama Islam, perbuatan menggugurkan anak itu haram, dan dalam Sains jugak ada mengatakan yg gugur anak ni akan mengakibatkan...bla bla bla dsb. Dua2 dia bg, dr sudut Sains dan sudut agama. Dan secara tak langsung, dakwah kpd org lain itu akan berjalan (Betul tak???). Begitu juga utk bidang2 lain...

Kita semua adalah pendakwah, bukan terletak pd org2 tertentu semata-mata, cuma kita masih memerlukan pakar rujuk yang spesifik dalam sesuatu perkara. "Sampaikankanlah walau sedikit kerana yg sedikit itu mungkin memberi lebih banyak manfaat dan yg sedikit itu juga merupakan salah satu dakwah kepada org lain"...Tolong, tolong, tolong, luaskan minda kita terhadap bnda2 camni. Allah bg akal fikiran yg waras utk berfikir dgn sebaiknya.

Maka, sama2 fikir2kanlah, apa kepentingan ilmu yg kita belajr kini mampu mendekatkan lagi diri kita dengan pencipta kita, Allah S.W.T. Sama2 renungkan. Saya mengharapkan sbarang komen yg boleh membuka minda kita semua, Insyaallah...Maaf, jika artikel ni ada bercampur aduk.

YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH, DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI

Wallahua'lam...SAY NO TO VALENTINE.

Sempena Maulidurrasul nih, saya kongsikan sebuah karya saya yg berjudul "Tidak Ku Lupa". Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad S.A.W (Bukan hanya pd hari Maulidurrasul sahaja)


 

:: SHAFUANZAWAWI :: Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template