Assalamualaikum sahabat - sahabat sekalian, lama sangat tak update blog nih. Saya nak berkongsi karya terbaru saya yg berjudul " Sebelum Noktah Terakhir". Hayati bait-bait kata dalam lirik nih, ok. Preview sedang disiapkan buat masa ini dan akan di'preview'kan pada masa yang sesuai.
Sebelum Noktah Terakhir
Lagu/Lirik: Shafuan (Paradise Production)
Susunan Muzik: Nazri, Roslan (Paradise Production)
Hakcipta: Paradise Production
Disaat ku meminta padamu,
Mengharap keampunan darimu,
Tak putus,
Lafaz kasih sayangku hanya untukmu,
Berjuta langkah hitam hidupku,
Meniti haluan sempit itu,
Hinggakan hilang jalan cahaya kasih darimu,
Kerana diriku,
Hanya insan biasa,
Tak mengenal erti dosa,
Membuat diriku hina,
C/O
Dihamparan itu lemah longlai tubuhku,
Titis - titis keinsafan diwajah,
Mengalir mengharapkan restumu,
Dimalam gelita yang penuh syahdu,
Betapa kerdilnya aku,
Kuharap hidayah menyinari hidupku,
Ku mengejar kesempatan itu,
Kerana pintu taubatmu,
Sentiasa terbuka,
Sebelum hayatku berakhir jua,
Sebelum noktah terakhir buatku...
Friday, June 18, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)